Assalammualaikum my lovely readers. Entry kali ni saya nak citer pengalaman saya mendapat penyakit bells palsy 4 tahun yang lepas and masa tu saya tengah pregnant 34 minggu anak yang kedua.

Penyakit Bells Palsy

Penyakit bells palsy ni adalah penyakit saraf or to be exact kecederaan pada 7th cranial nerve yang terletak di belakang telinga. Bila dapat sakit ni, half of face will be paralyzed. Masa saya kena bells palsy..saya baru bangun tido..and terasa mata pedih..saya tgk kat cermin..tak perasan lagi yg sebelah muka saya dah tak boleh bergerak until saya cuba tutup mata saya and mata saya sebelah kanan tak bole tutup. Jantung macam nak jatuh masa tu sebab takut saya kena stroke. Risaukan baby dalam kandungan if anything happen to me what will happen to the baby..

My husband cepat2 bawak ke DEMC untuk check-up. Memang saya dan suami ingat saya kena stroke. Dalam hati saya berdoa supaya Allah selamatkan saya dan baby. Masa tu macam2 benda datang dalam pikiran saya. Mula la teringat dosa2 yang saya dah buat and maybe ini balasan Allah terhadap dosa2 saya. Memang menginsafkan. Bila doctor check, dia tengok tangan kaki saya ok just half face affected then dia kata saya maybe kena penyakit bells palsy iaitu kecederaan kepada saraf yang ada dibelakang telinga. Sebab nya? Unknown..doktor pon tak sure..doctor cakap could be viral infection, could be stress and the fact that I was pregnant membuatkan trigger penyakit tu. Masa tu memang tak penah dengar pasal penyakit bells palsy ni.  Time tu tak boleh nak buat MRI or CT Scan sebab saya tengah pregnant. Doktor bagi saya antibiotic and steroid dan saya admitted kat DEMC selama 5 hari pastu continue rawatan kat rumah.

Perasaan saya masa tu sangat2 bersyukur sebab doktor kata penyakit ni just temporary and akan sembuh dalam masa 6 minggu. Walaubagaimanapon..dengan muka yang senget sebelah..mata tak boleh tutup..makan dan minum tak boleh rasa sebelah lidah, kalau minum akan meleleh2..sapa tak sedih…nak tunjuk gambar kat uolls macam tak appropriate sebab time tu saya tak pakai tudung..but masa tu memang saya lost hope..sedih..nak buat akikah anak pon tak jadi sebabkan depressed.

Kat rumah saya continue amik antibiotik dan steroid as well as pain killer sebab kepala saya memang sakit sangat2. Dalam a few weeks badan saya naik berkilo2 disebabkan steroid. At 37 weeks saya sakit nak beranak. 1st time rasa sakitnya contraction sebab masa beranak yang no. 1 dulu kena paksa beranak sebab darah tinggi. Yang no. 2 ni pulak saya try beranak normal but tak boleh maybe baby besar sgt so terpaksa operate. Lepas beranak my bells palsy getting worse. Telinga saya akan capture semua bunyi2 yang ada disekeliling saya and play the voice 24 hours a day. Bangun memang tak boleh sebab sakit kepala sangat2. Doktor tak bagi menyusu sebab saya terpaksa amik pain killer yang very powerful tak ingat nama ubat tu.

Bells-palsySepatutnya saya kena buat physiotherapy immediately lepas kena bells palsy but sebab pregnant so most of the treatments tak boleh buat and kena tunggu lepas bersalin. Dua minggu dalam pantang saya drive sendiri and terpaksa bawak baby ke DEMC untuk buat treatment sebab saya takde maid, husband pulak keje and susah nak dapat cuti. Lepas a few times buat physiotherapy takde perubahan. Disebab kan susah nak buat physiotherapy, saya beli alat utk rangsangkan muscle dan buat kat rumah. But takde perubahan jugak. Lepas 6 minggu pon takde perubahan. Sampai doktor kata maybe penyakit saya ni permanent means akan paralyzed sampai bila2. Saya hampir2 putus asa..pikirkan macam mana nak berdepan dengan org ramai dah la keje saya jumpe orang.

Good news

After 4 months baru saya dapat gerakkan sikit mulut and mata. After that, saya beransur2 ok and after a year the development stops and saya starts dapat synkinesis. Synkinesis ni adalah involuntary movement bila saraf muka tu kembali bergerak. Bila saya senyum, mata saya akan tertutup sendiri. Bila mengunyah, air mata akan keluar macam sedih sangat laa..so masa tu memang hairwire muka saya and decided untuk dapatkan treatment kat neurologist kat Hospital Pantai. Alhamdulillah the treatment works. Kurang sikit synkinesis tu but sikit2 still ada. And after 4 years, my synkinesis is still there. Not fully recovered but alhamdulillah getting better and better. Uolls boleh tengok video saya kat bawah ni..blh tgk my face isn’t symmetrical anymore. Video ni suara dia agak perlahan ala2 bercakap dalam kelambu gitu..sebab time ni kat opis :p so tak leh nak cakap kuat2 nanti boss dengar…hehehe

 Tips dan rawatan penyakit Bells Palsy

Bagi kawan2 or pembaca yang mendapat penyakit ni saya nasihatkan supaya banyak2 bersabar and relax sebab stress will make it worse. Ni saya share tips dan rawatan yang uolls boleh try based on my experience:

  1. Tutup mata mengunakan surgical tape bila tidur malam or berada ditempat2 yang sejuk. Mata kena jaga betul2 sebab kelopak mata kita tak dapat menjalankan tugasnya.
  2. Gunakan eye lubricant yang disuggest oleh pakar mata. Jangan guna any air dropped from Guardian ke pharmacy ke. Make sure it is recommended by eyes specialist. Eye lubricant ni sangat2 penting supaya mata kita tak kering. Kalau mata kita kering, ianya akan cepat rosak so blh buta. Kalau keje dlm aircon lagi kena guna selalu.
  3. Jangan urut muka anda. Biarkan saraf tu baik sendiri. Sebab apa? Sebab takut kita urut nerve yang salah and make our face lagi worst. Kalau boleh tak payah pegi pon physiotherapy tu buang masa buang duit sebab takde kesan langsung. And based on my research ramai yang cakap no use buat physio. Alat TENS tu pon kalau boleh tak payah guna sebab boleh sebabkan synkinesis.
  4. Makan ubat yang doktor bagi macam antibiotik dan steroid. Ubat ni dipercayai boleh treat the viral infection and steroid boleh treat inflammation.
  5. Kalau uolls develop synkinesis and nak tau rawatannya, uolls boleh contact saya. Saya akan share rawatannya. Saya tak boleh nak disclose kat sini sebab maybe ade antara uolls yang tak setuju dengan cara rawatan tersebut.
  6. Amik high dose of vitamin B12. This is the only medicine for bells palsy. Macam sekarang saya amik b complex untuk saraf, vivix to repair sel2 and nutriferon. Nutriferon ni penting sebab time pregnant immune system kita rendah so senang kena penyakit.
  7. Uolls boleh dapatkan tips dan motivation from fitgirl kat youtube. Dia ni banyak bantu saya overcome depression and helping me accepting myself with bells palsy.
  8. Banyakkan bersenam dan cuba manage your stress. Salah satu sebab penyakit bells palsy is stress. Masa saya mengandung at 34 weeks tu saya mmg stress sangat2 sebab org2 kat opis mintak saya siapkan a few reports sebelum saya beranak. Stress giler..so sape2 yang pregnant please take care yourself and manage your stress.
  9. Elakkan tido dalam aircon or direct bawah kipas. Sejuk pon blh trigger penyakit ni.
  10. Ade yang recommend acupuncture but saya tak berani buat takut nerve bertambah rosak kalau practitioner tu tak berpengalaman.
  11. Kena banyak2 sabar sebab saraf nak baik memang amik masa bertahun2..let it heals by itself..
  12. Doctor pernah suggest untuk buat operation untuk besarkan lubang yg menjadi laluan kepada saraf saya yang cedera tu…the word doctor guna is ‘grind’ the small bones yg menghimpit the nerve…dengar perkataan grind tu je dah buat saya seriau..so saya tak buat la..sapa2 yg penah kena better jumpa a few doctors for second opinion.
  13. Jagalah kesihatan..jaga makan..especially makanan yang boleh increase our immune system…sebab bila dah sakit..memang banyak kena guna duit…untuk sakit saya ni rase2 dah puluhan ribu saya habis…

Fyi, sebelum saya kena bells palsy saya memang tak penah amik apa2 supplement and saya kenal shaklee pon sebab B COMPLEX nya…sebelum ni saya dok makan ubat B12 from clinic and ubat tu semuanya synthetic so better amik shaklee sebab semua ingredientnya daripada bahan2 semulajadi.

Ok sampai sini saja dulu kalau ade apa2 nak tanya boleh tinggalkan kat ruangan komen. Insyaallah saya sedia membantu.

Pengalaman Mengandung dan Bells Palsy

7 thoughts on “Pengalaman Mengandung dan Bells Palsy

  • Pingback: Rawatan untuk Bells Palsy

  • December 30, 2015 at 9:33 am
    Permalink

    assalamualaikum. perkongsian yang sangat baik. ibu mertua akak baru kena pada Isnin 28/12/2015. akak dalam keadaan kabur apa tindakan terbaik yg bleh diambil untuk membantunya. namun tulisan ima sangat memberikan inspirasi untuk akak membantunya mengatasi penyakit. semoga Allah memberikan ganjaran terbaik buat ima atas usaha murni ini. Terima kasih.

    Reply
    • January 13, 2016 at 11:19 am
      Permalink

      waalaikumsalam. Insyaallah kita sama2 berusaha untuk membantu antara satu sama lain. Rawatan segara dapat membantu untuk bells palsy sembuh sepenuhnya. Ima doakan semoga mak mentua akak kembali sembuh seperti biasa. Aminn

      Reply
  • March 9, 2016 at 9:28 am
    Permalink

    Alhamdulillah, sisi ima telah sembuh. Terima kasih atas perkongsian pengalaman dan tips-tips kesihatan berkaitan Bell’s Palsy.

    Mohon nak buat sharing berkenaan pengalaman iman ni ye

    Reply
  • November 4, 2016 at 6:33 am
    Permalink

    Salam..sy nak tau lebih details pasal sykinesis?boleh share tak?

    Reply
    • January 16, 2017 at 3:31 am
      Permalink

      Wsalam, sorry lambat reply. Synkenesis ni dira boleh try google kalau nak tau scientifically. Kalau akak explain in layman term nya synkenesis ni kecelaruan saraf bila saraf yg injured tu mula bergerak. Contohnya bila kita senyum mata kita akan automatically tertutup. Kena do something to avoid benda tu jadi permanently.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Maaf! Sila click button share