Semua supplement dicipta BERLAINAN

Adalah amat penting untuk memilih supplement yang SELAMAT, BERKUALITI TINGGI dan BERKESAN.

Kita kena sedar bahawa semua brand adalah dicipta berlainan. Kualiti produk adalah tertakluk kepada pengeluar disebabkan peraturan atau undang2 pengeluaran produk. Sesetengah syarikat sangat berhati2 terhadap kualiti, sumber bahan mentah, kesamaan antara setiap batch (consistency), penggunaan bahan aktif, penggunaan fillers, pengawet, pewarna dan sebagainya. Apabila memilih supplement adalah amat2 penting kita pilih produk2 yang berkualiti tinggi.

a-woman-thinking-1024x1020

Walaubagaimanapun, mencari produk yang betul2 bagus untuk kesihatan kita kadang2nya susah juga. Kekurangan pengawalan undang2 oleh pihak kerajaan, lambakan macam2 produk dipasaran termasuk variasi yang tinggi in term of quality mencipta halangan2 untuk pengguna mendapatkan supplement/ vitamin atau produk2 herbal yang sesuai.

Berdasarkan pengalaman saya selama 13 tahun berkerja di syarikat R&D dan pensijilan yang terbesar diMalaysia, berikut merupakan faktor2 utama yang perlu diberi perhatian sebelum membuat keputusan untuk membeli/ memilih supplement anda:

  • Brand/ produk/ syarikat yang telah lama berada dalam pasaran, ada good track record dan ramai pengguna2 yang happy.
  • Pilih produk yang mempunyai kajian klinikal. Kajian klinikal ni adalah kajian yang dijalankan terhadap sekumpulan manusia untuk menguji keberkesanan produk. Mahal tau kajian memakan kos berjuta2 ringgit.
  • Pengeluar yang mempunyai kilang berstatus GMP (good manufacturing practices).
  • Analisis daripada pihak ketiga untuk mengesahkan keselamatan dan keberkesanan untuk kandungan bahan aktif dan pencemaran.
  • Berdaftar dengan pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) menggunakan nombor pendaftaran dan pelekat hologram yang tulen. Nombor pendaftaran lazimnya dimulakan dengan ‘MAL’, diikuti dengan 8 nombor, dan diakhiri dengan huruf.
  • Mempunyai logo halal JAKIM atau mempunyai sijil halal luarnegara oleh badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Produk supplement yg dikeluarkan diluarnegara dan disahkan halal oleh badan pensijilan yang diiktiraf JAKIM tidak perlu menggunakan cop JAKIM.
  • Memilih produk berdasarkan bahan semulajadi yang diakui kelebihannya oleh kajian sains.
  • Pilih produk yang Non-GMO dan tidak menggunakan pengawet, pewarna & perisa tiruan.

 

kementerian-kesihatan-malaysia
http://fsq.moh.gov.my/v4/index.php/component/k2/itemlist/category/123-pensijilan-haccp-gmp-mesti-bess

Bagaimana mengenal pasti produk/ubat yang berdaftar?

Semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia. Penilaian terhadap produk perlu dijalankan untuk memastikan keselamatannya kepada orang awam. Setiap produk yang berdaftar dengan PBKD adalah selamat untuk diambil oleh orang awam.

Produk yang berdaftar dengan PBKD mempunyai dua ciri-ciri utama, iaitu nombor pendaftaran dan pelekat hologram yang tulen. Nombor pendaftaran lazimnya dimulakan dengan ‘MAL’, diikuti dengan 8 nombor, dan diakhiri dengan huruf. Untuk menyemak senarai produk yang berdaftar dengan PBKD, layari laman web rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di www.bpfk.gov.my. Klik pada ‘Registered Product Search’ (Quest 2 & Quest 3) dan masukkan butir-butir produk untuk memulakan carian. Untuk menyemak ketulenan pelekat hologram pula, gunakan dekoder Meditag yang terdapat di kedai farmasi yang berhampiran.

Adakah produk minuman dan makanan kesihatan bertujuan untuk pelangsingan badan berdaftar dengan KKM?

Produk minuman adalah dikategorikan sebagai makanan. Oleh yang demikian, produk ini dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Produk makanan dan minuman tidak perlu berdaftar dengan KKM.

Walaubagaimanapun, produk makanan adalah dilarang untuk membuat sebarang tuntutan perubatan. Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan produk tersebut, hubungi BKKM di 03-88833888. Secara umumnya, amalan gaya hidup sihat melalui pengambilan diet yang seimbang serta senaman yang bersesuaian merupakan cara yang terbaik bagi menangani masalah berat badan berlebihan.

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) hanya berkuasa mengawal pendaftaran produk farmaseutikal dan kosmetik. Ini tidak termasuk produk kesihatan yang dikategorikan sebagai makanan. Secara umumnya, penggunaan sebarang produk makanan atau penjagaan diri lazimnya bergantung pada budi bicara pengguna itu sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Maaf! Sila click button share