Assalammualaikum. 1st of all..saya bukanlah ustazah atau ahli agama. Ilmu juga terlalu cetek bagi memetik hadis2 atau membicarakan berkenaan perihal sunnah dengan mendalam. Walaubagaimanapun, posting saya ini lebih kepada pendapat peribadi melalui pembacaan saya berdasarkan artikel2 ilmuan yang boleh dipercayai kesahihannya.

Sebelum kita pergi dengan lebih jauh, jom kita review jenis2 makanan yang diketegorikan sebagai makanan sunnah. Makanan tersebut terdiri daripada buah kurma, buah tiin, madu lebah, susu kambing, habatussaudah, minyak zaitun, buah delima dan ade beberapa lagi yang tak berapa femes. Of course, tidak dinafikan kesemua makanan2 ini memang terbaik dan mempunyai khasiatnya tersendiri. Kalau tak..tak kan disebut didalam Al-Quran dan juga menjadi amalan Nabi Muhammad SAW.

Berikut merupakan sebahagian khasiat2 makanan sunnah:

Madu – Madu merupakan satu-satunya makanan dihasilkan oleh lebah yang memiliki kesemua komponen keperluan hidup manusia termasuk enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak. Bahan antioksida diperlukan bagi melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel.

Kurma – kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Buah Tiin – Prof J. A Vinson dari Universiti Scranton, Amerika Syarikat telah membuat kajian dan membuktikan bahawa buah tiin mengandungi khasiat yang tinggi jika dibandingkan dengan buah- buahan yang lain. Buah tiin tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi lebih tinggi kandungan galian yang lain seperti kalium, serat dan zat besi. Kajian oleh beliau mendapati bagaimana buah tiin mampu meningkat dan mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia.

Susu kambing – 200ml susu kambing mengandungi  13% of the Nutrient Reference Value (NVR) untuk vitamin B5 (pantothenic acid), yang diperlukam untuk melepaskan tenaga daripada makanan dan 12% of the NRV of biotin (a B-vitamin yang sangat penting untuk sistem saraf yang sihat.

Minyak Zaitun – Banyak kajian mengenai khasiat minyak zaitun antaranya bagus untuk sakit jantung, diabetes, Alzheimer’s dan kanser. Actually there are long list of ailments yang boleh dielakkan dengan pengambilan minyak zaitun, uolls blh google on your own. Minyak zaitun kaya dengan tenaga; 100g minyak zaitun mempunyai 884 kalori. Mahupon demikian, nisbah yg tinggi untuk mono-unsaturated fatty acids kepada saturated fatty acids melayakkan minyak zaitun antara minyak yg paling sihat untuk dimakan.

Yang lain2 tu uolls boleh baca sendiri :)

makanan-sunnah-nabi

Lambakan produk2 makanan sunnah

Sekarang ni kita semua sedar banyak produk2 makanan sunnah yang membuat macam2 claim tanpa kajian scientific dan ada juga segelintir yang menggunakan tagline ‘makanan sunnah’ sebagai pelaris produk. Saya lampirkan antara isi2 penting yang diterbitkan oleh ikim.gov.my yang boleh membuatkan kita berfikir dengan lebih jauh dan terbuka.

Kajian pembuktian saintifik perlu dilaksanakan dalam isu makanan sunnah adalah untuk memastikan pengguna mendapat manfaat dan khasiat yang dijanjikan. Bukan kebanjiran dakwaan pengeluar/pengilang yang bersifat komersialisasi semata-mata atas sandaran sunnah Nabi SAW. Masyarakat tidak harus menyempitkan persepsi “makanan sunnah” itu dengan makanan tertentu. Selagimana ia mematuhi konsep halal dan tayyib, Islam membenarkannya. Walaupun begitu, amalan memakan makanan yang disebut dalam al-Quran tidak bercanggah dengan konsep dan amalan kesihatan semasa malah digalakkan sekiranya mendatangkan manfaat kepada individu. Namun, sekiranya berlebih-lebihan dalam apa jua makanan yang baik sekali pun, ia tetap akan mendatangkan mudarat. Sebab itu, prinsip adab dan etika pemakanan dalam Islam wajar diketengahkan dan diutamakan serta dijadikan amalan.

Allah juga telah mengurniakan kepelbagaian spesies hidupan lain di muka bumi ini untuk dinikmati oleh hambaNya. Apakah kita lupa bahawa terdapat tumbuhan warisan tempatan di negara kita juga mempunyai nilai pemakanan yang tinggi?

Kenapa perlu kita menyempitkan pemikiran ini? Sedangkan dalam hal ehwal pemakanan khususnya, selagimana memenuhi konsep halal dan tayyib, makanan lain yang halal dan berkhasiat juga mampu meraih pahala. Adab dan etika pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW menjadi intipati penting untuk diteladani. Contohnya, ada di antara kita suka mencerca makanan sekiranya tidak menyukainya. Tetapi Baginda SAW  tidak pernah menunjukkan ketidaksukaannya.

Sumber: http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8828-memecah-dimensi-makanan-sunnah-dan-realiti-hari-ini

Makanan Sunnah. Antara Fakta dan Kepalsuan

Bagi yang nak tahu dengan lebih lanjut tentang makanan sunnah, anda boleh dengar sendiri kenyataan dan pendapat daripada Dr. Asri berkenaan isu ini. Dr. Asri kata, makanan sunnah perlu tau sukatan or formula dan pakar untuk  dijadikan ubat dan kajian lanjut untuk tujuan perubatan. Dia kata lagi, Rasulullah SAW diturunkan untuk ubatkan hati dengan iman, takwa..hidayah bukan buat ubat. So itu yang kita kena ikut dulu. Beliau juga tak setuju pasal gunakan agama or nama nabi untuk melariskan produk2 makanan sunnah. Yg dia cakap ni best..
“Yang dok kempen Dia punya makanan buat apa? Kempen la hidayat Dia (rasulullah)” – Dr.Asri

Makanan Sunnah Menjadikan Anda Genius?

Saya suka membaca petikan yang ditulis oleh Nurul Akmal Ibrahim dari tazkirah.net. Cari kunci2nya ya!

Pembaca yang budiman, dengan mengamalkan makanan-makanan sunnah ini, kita boleh menjadi seorang yang genius! Namun menjadi genius bukan bergantung kepada makanan yang diambil semata-mata. Makanan hanya sebahagian dari kunci-kunci rahsia menjadi genius. Dengan izin Allah swt juga barulah nikmat makanan dapat dimanfaatkan oleh kita.

Sepanjang pemerhatian dan kajian saya ketika di pengajian tinggi kepada kisah hidup para ilmuwan Islam di dalam sejarah, para pensyarah dan rakan-rakan saya yang genius, ternyata genius juga bergantung kepada tabiat, aktiviti, akhlak, personaliti dan teknik belajar seseorang individu. Justeru mengenali kunci-kuncinya akan membuka peti-peti rahsia untuk meningkatkan potensi diri yang sebenar manusia.

Ternyata juga apabila seorang muslim mengenali kunci-kunci ini, kita tidak akan hairan dengan firman Allah swt di dalam surah ali Imran ayat 110 bahawa Umat Islam adalah sebaik-baik umat. Petunjuk sudah ada di situ. Islam itu adalah cara hidup menyeluruh yang membawa kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat. Qur’an dan hadis ada menunjukkan caranya. Maka, di mana kunci-kunci itu? Di mana kita yang sepatutnya menggenggam kunci-kunci itu?

Sumber: http://tazkirah.net/7-makanan-sunnah-yang-patut-anda-amalkan/

Mana lebih baik? Makanan sunnah atau supplement?

Apa yang saya setuju

Mana lebih baik? Makanan sunnah atau supplement? Saya bersetuju makanan sunnah adalah paling baik tetapi tidak bermakna supplement tidak baik untuk kesihatan.  Dua2nya baik sekiranya kita tahu khasiat dan keperluan badan kita sendiri. Saya juga bersetuju sekiranya makanan sunnah diambil begitu sahaja tanpa diproses dan dijadikan campuran kepada produk2 lain.

Produk2 perlu kajian scientifik bagi memastikan khasiat yang didakwa adalah betul2 ada pada produk tersebut. Kebanyakan dakwaan khasiatnya adalah berdasarkan penemuan saintifik bahan asas yang terdapat dalam produk tersebut dan bukannya berasaskan campuran. Kemungkinan dengan campuran berkenaan, komposisi kimia makanan tersebut dan khasiatnya turut berubah berbanding bahan asal itu sendiri. Maka, adakah wajar produk tersebut didakwa sebagai makanan sunnah?

Had kuantiti sesuatu jenis makanan dalam produk juga perlu diambil kira. Contoh yang paling mudah adalah seperti jus kurma. Sekiranya jus kurma yang dijual tersebut bukan sekadar mengandungi kurma, tetapi juga gula tambahan, adakah ia baik untuk kesihatan?

Saya juga bersetuju tidak semua makanan sunnah mempunyai nilai nutrisi yang mencukupi untuk keperluan badan kita terutamanya sekiranya kita kekurangan sesuatu nutrisi dan ianya perlu ditambah melalui pengambilan supplement. Ini dipersetujui oleh Dr. Bahrain Samah, jururunding dan pendidik nutrisi.

Makanan tambahan bukanlah sesuatu yang perlu dijadikan keutamaan. Bagaimanapun, beliau tetap tidak menidakkan kepentingan makanan tambahan lain bagi tujuan pengimbangan sekiranya sesuatu kandungan dalam makanan sunnah tidak mencukupi. Misalnya jika seseorang itu memerlukan vitamin C untuk tujuan perubatan. Kurma basah mengandungi banyak vitamin C tapi mungkin tak cukup. Jadi kita boleh mendapatkannya melalui vitamin C yang dijual di pasaran. Tidak ada guna jika seseorang hanya mengamalkan makanan sunnah tanpa mengetahui kandungan nutrisi di dalamnya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/makanan-sunnah-ganti-vitamin-1.297334

Apa yang saya TAK setuju

Saya sangat tak bersetuju dengan peniaga yang menggunakan agama dengan meletakkan petikan ayat al-Quran dan hadis pada pelekat iklan atau memaparkan gambar tokoh yang membawa imej Islam bagi menarik pengguna membeli produk yang dijual. Ini boleh menyebabkan kekeliruan dikalangan pengguna dan membawa maksud atau niat semata2 melariskan produk bukannya menghidupkan makanan sunnah. Isu ini dikupas dengan lebih lanjut didalam utusan Malaysia (http://www.utusan.com.my/rencana/kekeliruan-makanan-sunnah-1.91890).

Saya juga tidak bersetuju dengan dakwaan2 penjual produk2 makanan sunnah yang melabelkan produk2 supplement selain makanan sunnah adalah tidak baik. Ini kerana produk2 supplement terutamanya produk shaklee disahkan keberkesanan dan keselamatan produk melalui kajian scientifik.

Kesimpulannya

Sebagai pengguna kita kena bijak dan banyak membaca. Jangan terlalu taksub dengan sesuatu yang menyebabkan kita menjatuhkan hukum yang tidak baik untuk produk2 lain yang ada dipasaran. Dalam Islam kita digalakkan untuk bersederhana daripada segala segi termasuklah makanan. Kita perlu tahu keperluan badan kita dan perlu pandai menilai sesuatu melalui pembacaan. Apa pula pendapatan anda??? Setuju or tak setuju???

 

Mana lebih baik? Makanan sunnah atau supplement?
Tagged on:                 

2 thoughts on “Mana lebih baik? Makanan sunnah atau supplement?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Maaf! Sila click button share