Kebanyakkan orang Asia mesti nak kulit cerah dan putih. Based on kajian yang saya penah buat 3 tahun lepas, antara demand utama diMalaysia is nak putih dan cerah. Thats why kita banyak lihat produk2 pemutihan dipasaran. Kita as pengguna perlu berhati2 bila memilih produk pemutihan ni takut bahan2 yang digunakan mengandungi bahan terlarang seperti hydroquinone yang boleh menyebabkan kanser kulit.

Disini saya sharekan petua2 mudah untuk jadikan kulit uolls putih dan cerah tanpa memerlukan perbelanjaan yg tinggi. Cuma kena rajin je lah ye…

1. Kayu Manis untuk meningkatkan aliran darah

Boleh try buat masker kayu manis yang berkesan untuk meningkatkan aliran darah pada wajah. Tak tau nak buat? Just hancurkan/ grind pastu campurkan air dan sapukan pada wajah selama lima belas minit. Setelah itu, bersihkan wajah Anda dengan air.

skin-secrets

2. Yoghurt melembap dan menghaluskan kulit

Yogurt boleh memberikan kelembapan dan menghaluskan kulit wajah Anda. Caranya? Campurkan Yoghurt dengan sedikit madu. Selepas itu, sapukan yoghurt pada kulit wajah. Kemudian, biarkan selama 10 minit. Setelah itu, dibersihkan dengan air.

3. Chamomile untuk kulit putih

Chamomile memang biasa dijadikan teh. Namun, bunga ini berfungsi sebagai bahan semulajadi untuk putihkan kulit wajah. Chamomile juga memiliki banyak kandungan untuk mengatasi mata yang bengkak. Anda hanya perlu mencelupkan uncang teh ke dalam air panas, dan biarkan sampai sejuk. Kemudian, letakkan uncang teh pada mata. Lakukan hal ini selama dua minggu untuk melihat hasilnya.

 4. Susu untuk kulit putih

Anda pasti sudah mendengar tentang manfaat mandi susu. Tetapi, jika mandi susu dirasa terlalu susah, anda boleh menggunakan susu untuk membasuh muka. Susu memiliki banyak bahan yang dapat mengurangi bintik-bintik hitam pada wajah, dan meningkatkan warna kulit dengan cara yang sempurna. Tuang beberapa titis susu pada kain pencuci muka. Kemudian gunakan kain tersebut untuk menggosok wajah dengan lembut. Susu akan menghilangkan sel-sel kulit mati yang menutup wajah, dan putihkan kulit.

article-201512017211062470000

5. Minyak avocado bersihkan wajah

Ramai perempuan yang malas membersihkan wajah sebelum tidur, apalagi setelah pulang bekerja kerana terlalu penat. Nah, minyak avocado dapat membantu Anda yang tak sempat mencuci muka sebelum tidur. Minyak avocado ini secara efektif membantu menghilangkan sisa make-up wajah. Setelah menghapus sisa make-up, gunakan tisu untuk menyerap kelebihan minyak yang tertinggal di wajah.

 6. Limau nipis dan putih telur

Putih telur sering disebut mampu menengangkan kulit wajah. Untuk memperbaiki warna kulit, campurkan perahan Limau Nipis dengan putih telur. Gunakan bahan ini sebagai masker wajah. Sapukan masker Jeruk dan putih telur ini ke wajah, lalu biarkan mengering sendiri. Setelah 5 hingga 10 minit, basuh muka Anda dengan air dingin. Hasilnya boleh dilihat setelah rutin melakukan hal ini paling tidak seminggu.

7. Almond kurangkan kulit gelap

Almond dapat membantu mengurangi kegelapan warna kulit sehingga kulit akan terlihat lebih terang dan putih. Cara praktikal dan semulajadi untuk menggunakan Almond untuk memutihkan kulit adalah dengan mencampurkan Almond dengan susu dan sedikit kunyit. Caranya, pada pagi hari, rendam 4-5 biji almond dan satu ruas kunyit dalam susu cair. Pada malam harinya, keluarkan kunyit, lalu haluskan almond dalam susu tersebut hingga terbentuk seperti cream. Sapukan campuran ini pada wajah dan leher dan biarkan semalaman. Setelah itu, pada pagi harinya bilas dengan air dingin dan bersihkan. Untuk hasil yang optimal, lakukan cara ini 2 minggu sekali.

foods-for-good-skin

8. Tomato untuk kulit putih

Tomato kaya dengan vitamin C yang bermanfaat untuk putihkan kulit. Banyak kosmetik pencerah kulit memakai ekstrak tomato sebagai bahan aktifnya. Jika anda ingin memakai tomato segar sebagai pemutih kulit, ambil tomato yang bersaiz besar dan parutkan. Tambahkan 2-3 titis air perasa lemon dan beberapa titis air mawar. Kemudian, campur keduanya hingga rata. Sapukan pada wajah dan leher dengan perlahan dan biarkan selama 15 minit. Setelah itu, bilaslah dengan bersih. Lakukan petua ini at least seminggu sekali.

9. Pepaya untuk kulit putih

Pepaya yang berwarna hijau juga dapat berkhasiat putihkan kulit. Pepaya hijau mengandung enzim Papain yang ideal untuk memutihkan kulit. Caranya, ambil satu sudu makan pepaya hijau (pepaya yang masih muda) yang telah dihaluskan, dan satu sudu makan pepaya masak, campurkan. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 15 minit, lalu bilas. Lakukan cara ini setiap hari untuk hasil yang optimal.

10. Kentang untuk kulit putih

Kentang bermanfaat untuk putihkan kulit. Jus kentang dapat digunakan sebagai pemutih semulajadi bagi kulit kita. Caranya, parut satu buah kentang dan tambahkan satu sudu teh madu, campur lalu sapukan pada kulit wajah dan leher. Biarkan selama 20 minit, lalu bilas dengan air. Ramuan ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Cara-cara di atas merupakan cara semulajadi untuk putihkan kulit menggunakan bahan tradisional yang tentunya selamat digunakan. Semoga dengan tips di atas, kulit anda dapat terlihat lebih putih dan cerah dengan cepat dan semulajadi.

Sumber: Andrian

Nak tau 4 vitamin yang boleh membuatkan kulit anda putih dan cantik? Sila click disini

Clear-Skin1

10 petua kulit putih
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Maaf! Sila click button share