OMG! goyang kaki duit mari!!!

Patutla semakin ramai orang benci dengan MLM…terlalu banyak sangat pihak2 tertentu menggunakan platform MLM untuk penyamaran SKIM CEPAT KAYA. Nak kesan mereka2 ni senang je…sila perhatikan iklan2 sebegini…

  • Iklan tayang kete mewah seperti Ferrari, Lamborghini, BMW etc
  • Iklan tayang rumah bungalow bertingkat2
  • Iklan tayang duit berkepok2
  • Iklan tayang akaun bank atau bank statement puluh2 ribu
  • Modus operandi – Tak perlu cari org..tak perlu jual barang…hanya goyang kaki..duit datang sendiri..

Perghhh!!! Kalau insan mata duitan memang akan senang terpedaya…terutamanya insan2 terpilih yang nak hidup senang tanpa berusaha. Semalam saya ada ternampak post ni kat fb dishare oleh one of my frens…

MLM3

Haa…aii terasa tau…mmg betul skrg ni kalau meniaga MLM tak perlu sgt kuar rumah…dah ade online kan…and time jerubu2 ni la kena kuatkan immune system…baru2 ni anak saya masuk ward sbb bronchitis…kena la sikit…dalam RM11K je pon. Sib baik ader insurance.

Berbalik kepada post kawan ni…bila dia post mcm ni…of coz dia ade tanggapan negative terhadap MLM…ni la masalahnya…tak boleh nak salahkan dia ni jugak sebab modus operandi SKIM CEPAT KAYA ni selalu gunakan cara yang saya sebut kat atas…cer tgk reaksi netizen tentang post mamat diatas ni. Hahaha…saya baca komen2 ni dengan muka yg sinis bercampur kelakar…

MLM1 MLM2 MLM5

Apa yang boleh saya simpulkan disini is….syarikat2 dan manusia2 cengginilah yang mencalitkan lumpur kat MLM yang betul2 ikut akta perniagaan MLM dan syariah compliance sehinggakan ramai manusia2 lain yang mempunyai perception negative terhadap MLM.

Apa beza SKIM CEPAT KAYA yang menggunakan platform MLM dengan MLM yang sebenar?

Skim cepat kaya atau sistem piramid atau MLM yang tak ikut syariah ni kalau nak kesan senang sangat..

  • Lebihkan cari org daripada jual barang. Menggunakan sistem2 pairing2 la… Jual barang2 tu sekadar mengaburi mata je..niat yang sebenar is merekrut org. Ade tu pulak claim, tak payah cari org tak payah jual brg just beli certain pakej pastu downline org atas yang cari and masukkan as auto placement. Lebih kurang la..
  • Beli pakej yang ada barang tapi barang tu nak jual pon blh tak jual pon takpe…yang penting kalau nak duit balik..cari org..
  • Cara pembahagian bonus or marketing plan dia punya la complicated. Biasala..penah dengar tak..if u can convince them..confuse them!
  • Pastu harga barang tu mak datuk punye la mahal pastu tak berkualiti langsung. Status KKM ke HALAL ke..clinical trial ke sume diragui…Ade yang menggunakan agama untuk melariskan barangan sedangkan barangan tersebut dijual dengan harga yang cukup mahal daripada kos pengeluaran. Contohnya bantal rega RM30 jual RM300. Pastu bantal tu pulak takde kebaikkan pape pon or claim2 yang diragui tanpa kajian scientific.
  • Bila join ahli kena bayar yuran keahlian pastu kena beli barang atau kena capai target bagi melayakkannya mendapat komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya.
  • Upline akan dapat komisyen dari org jauh kebawah yang tak terhad kepada certain2 level. Sampai level keseratus pon dapat bonus kot??

MLM yang Shariah Compliance

Mengikut sumber daripada Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman (http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html#comments), MLM yang syariah compliance dan HALAL mempunyai ciri2 berikut:

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju’alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua’alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Pernah ditawarkan untuk join MLM Pxx dot dot dot…

Saya dan suami pernah dipancing oleh seorang kawan untuk join satu MLM ni…ayat2 yang dia guna memang sebijik la dengan komen2 netizen kat atas nun…nak kaya cepat2…tak payah keje makan gaji…bayar utang..bawak mak bapak gi umrah..haji dan sebagainya. Well…dari segi komitmen dia macam nampak berjaya dah…but saya memang tak kan percaya benda yang datang bergolek ni tanpa usaha…ape pun yang kita buat dalam dunia ni mesti ada usaha dan doa..nothing comes free…heloo…pastu berkat ker???

And saya belajar daripada pengalaman adik ipar sendiri yang buat MLM yg femes 4-5 tahun lepas yang Dr. nya doktor beli…mula2 berjaya..dan masa kejatuhan..memang hutang keliling pinggang…penah muka dia masuk newspaper dengan kete BMW 5 series..ingatkan dia dapat kete tu rupanya2…berlakon2 je..bukan kete dia pon…just nak tarik org join sebab mengejar hidup mewah…

Saya nasihatkan kepada uolls yang nak cepat kaya…TAKDE JALAN SINGKAT ye…skrg ni skim2 cepat kaya ni dah masuk kampung2 try nak tipu org2 tua…so uolls please nasihatkan mak bapak sedara mara kat kampung supaya berhati2 dan rujuk kepada kita sebelum join benda2 macam ni.

 Eh! kau pon buat MLM jugak ape!

Iye..memang Shaklee is MLM atau bahasa skrg derang panggil social marketing..pape pon still consider MLM. Bound with the act. Saya dulu adoyai…memang anti MLM..pastu ish la segan orang tau kita ni meniaga MLM…dulu saya dah embedded dlm minda hati sanubari ni yang semua MLM menipu duit org…duit susah cari woo..watpe senang2 bagi kat org lain yang tah sape tah…konon2 laburkan duit then cepat kaya…even mak saya dulu pon penah ditipu dengan Skim SWISSCASH…sekampung rugi…puluh2 ratus2 ribu…penah dengar ustaz ni bg ceramah dalam radio IKIM…rezeki yg macam ni dikategorikan sebagai rezeki yang ditarik balik….sebab ape? sendiri mau ingat la kan…

Ok berbalik kepada Shaklee…setelah pengalaman saya selama 3 tahun dan upline saya yg dah buat 25 tahun…tanpa ragu2 dan was2..ianya syariah compliance…sebab apa? Meh cheq nak habaq…

  1. Register RM65 seumur idop..tak disyaratkan beli barang..nak beli bole tak beli pon takpe. Bila dah register, upline satu sen pon tak dapat ape2 daripada penyertaan ahli tersebut.
  2. Marketing plan yang senang paham, simple dan jelas dan sangat2 adil. Kalau org atas tak buat sales meaning dia tak dapat pape daripada org bawah.
  3. Harga barangan sangat berpatutan daripada serendah RM30 dah tu pulak sangat2 berkualiti dan ada clinical study lagi. Halal, berkesan dan semulajadi.
  4. Org atasan yang aktif hanya boleh dapat komisyen sehingga 6 level kebawah sahaja. Takdo beratus2 level..giler ke ape..
  5. Shaklee takdenya bagi kete2 ni…dia bagi car bonus dalam bentuk cash. Kot suka ko la nak beli kete apa…ikut kemampuan la kan…
  6. Macam group kami tak diajar tayang2 kete, rumah emas berlian ni…maybe ade la dulu2 tayang cheque bonus sendiri..dulu jahil tak reti meniaga cara yang betul…sekarang ni dah takde…bertaubat…kami lebih kepada sharing benda2 yang baik dan best mengenai produk dan business kami..
  7. Tiada paksaan untuk jadi ahli atau membeli produk2 kami. Modus operandi kami lebih kepada sharing produk2, tips dan aktiviti2 perniagaan..kebanyakkan ahli2 kami adalah pengamal produk2 kami yang telah jatuh cinta dengan produk yang derang amik…sharing kami lebih kepada tanggungjawab untuk menyebarkan benda yang baik supaya boleh membantu kawan2 yang lain…
  8. Uolls tau tak?? Ahli2 Shaklee kami yang berjaya datang daripada pelbagai latarbelakang yang kebanyakkan degree holders dan professionals. Bukan sebarang manusia okeh! Some of them graduated from overseas lagi. Ada lawyers, engineers (mechanical, electrical, civil), doctors, economic, business, banking…lecturers yang ade PhD…thats why Shaklee is the No. 1 Supplement in Malaysia. Last year dpt award brand Laurette for the most femes supplement brand in Malaysia. And thats why marketing kami ada STANDARD dan CLASS tersendiri..bukan MURAHAN! Sampaikan ramai yang jeles okeh…Sebenarnya mereka ni punyai career masing2 tapi deep inside ingin punyai kualiti hidup yang lebih meaningful, lebih masa bersama keluarga dan suami bukan menghabiskan masa sehingga larut malam dipejabat.

Oklah…cukuplah sampai disini…nanti saya citer2 lagi…anyway nak promote la sikit…:p bulan ni Promo ESP..nak tau kelebihan ESP dan how you can get unbelievable promo price..please click here.

Ikhlas,

Saya yg berpesan2 kepada kebaikan…Jangan terpadaya dengan SKIM CEPAT KAYA…

Kalau nak tau kelebihan Shaklee berbanding MLM lain boleh la click sini…nak tau how we appreciate our downline..blh click disini

Amaran! Artikel ini berbaur kebencian. Oh! MLM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Maaf! Sila click button share